BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 17, 2014

~cinta~

assalamualaikum cinta...

          Hadirnya engkau memberi seribu satu rasa dalam diri ini. Betul la kata orang, cinta hadir tanpa kita pinta dan pergi tanpa kita rela. Hampir berpuluh tahun aku lahir, hari ini, saat ini, aku mersakan hadirnya cinta itu. Buat pertama kali aku merasa cinta manusia yang turut mengheret aku untuk mencintai Sang Pencipta. Dia adam yang telah sekian lama hadir dalam hidup aku. Namun hari ini, hadirnya umpama penawar dikala kesedihan, penawar dikala kemurungan. Perkenalan yang tidak lama tapi cukup untuk aku merasai hadirnya cintanya. 

         2 tahun lalu, aku hanya mampu melihat dia dari jauh. Siapa dia???soalan yang sentiasa bermain di fikiran aku. Setiap hari. Kini engkau hadir memecah segala persoalan. Tidak pasti bagaimana. Tiada ungkapan sayang, cinta, rindu yang terucap. Hanya senyum penuh makna. Sinar mata penuh kebahagiaan. Moga satu saat nanti jari aku tersarung cincin darimu.  Terima kasih kerana hadir membawa cinta. Terima kasih kerana hadir membawa bahagia. Terima kasih kerana hadir mengajarku cinta Allah. Terima Kasih.

-AWAK-  

0 comments: