Ya Allah, dugaan apa yang Engkau berikan ini?terlalu sakit untuk ak terima. Seandainya dugaan ini baik untuk aku, Engkau permudahkanlah untuk ak lalui.
Kehadiran wanita itu kembali mengubah hati dia. Aku terdiam tanpa kata. Hanya air mata yang mengiringi. Kini, kasih, sayang dan cinta dia bukan lagi untuk aku. Dalam kepayahan yang teramat aku telan segala duka. Aku cuba untuk terima. Tapi, aku tak sekuat yang kau sangka. Saat ini, hanya air mata yang menemani.
Baiknya hati wanita itu. Tidak sanggup rasanya untuk aku lukai. Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan? Aku keliru...
'Allah menghadirkan seseorang dalam hidup kita sama ada ujian untuk kita ataupun dia adalah jodoh kita.'
Dengan hati yang terlalu berat, aku memutuskan untuk pergi. Bukan kerana tidak sayang, tapi kerana aku tau cinta dan sayang engkau bukan untuk aku lagi. Aku redha.
Semoga dia yg terbaik untuk engkau. Aku hanya mampu mendoakan kebahagian engkau dari jauh.
Mulut hanya berbicara, jari hanya menaip laju tapi hati hanya Allah yang tahu. Sakit. Terlalu sakit.
~admin~
0 comments:
Post a Comment